Ahad, 18 Disember 2022

"Kami Bukan Orang Baik-Baik"

Aku terdiam.

"Kalau dengar apa-apa yang pelik minta maaflah..kami bukan orang baik-baik"

Tak mampu berkata apa-apa.

Macam-macam perkara yang menerjah ke dalam fikiran.Kenapa dia berkata begitu?Sepertinya dia sedar yang dia bukan orang yang baik tapi tetap mahu dalam keadaan begitu.Bicaranya seolah-olah bangga menjadi dirinya dalam keadaan begitu.

Aku tak mampu berbahas apa-apa kerana tidak dapat meneka apa yang ada di benaknya.Pelbagai persoalan menerjah di fikiran namun tak diutarakan kerana bimbang dia akan melenting.Egonya bukan boleh dibuat main.

Aku pasrahkan saja kata-katanya.Hendak berhujah jauh sekali.Masih belajar melihat karakter manusia yang pelbagai.Jangan sesekali menghukum mereka jika kita tidak kenal asal usulnya.Cara setiap kita dibangunkan berbeza.Latar belakang keluarga dan pendidikan tidak juga kurang jurangnya.

Namun ibrah yang ku perhati,

Kuat atau goyahnya agama(lahiriah)seseorang bukan kayu ukur mereka berbuat baik sesama manusia.Itu hanyalah penanda aras asas ketaatan kepada tuhan.Namun yang menyatukan kita adalah sifat belas ihsan dan kasih sayang sesama insan.

Mereka merasakan mereka bukan orang baik-baik kerana tidak taat perintah tuhan namun pada pandangan dunia mereka baik kerana ada belas ihsan sesama manusia.Hanya tidak menjadikan agama sebagai tunjang utama kehidupan.

Sesuatu perlu dilakukan.